BAHAN-BAHAN BERSEJARAH DI MUZIUM DARUL RIDZUAN
MUZIUM DARUL RIDZUAN ini terletak di Jalan Panglima
Bukit Gantang Wahab yang menjadi tempat kunjungi orang awam sejak tahun 1992. Muzium
ini memaparkan artifak yang menarik mengenai sejarah dan pembangunan kota Ipoh
dalam pelbagai sektor khususnya perlombangan dan pertanian. Banguanan ini telah
dibina pada tahun 1926 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun serta ia
juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Namun, bangunan ini sedang mengalami
penambahbaikkan oleh pihak kerajaan negeri. Bangunan yang memiliki ciri-ciri
reka bentuk Inggeris ini masih dalam struktur asal iaitu 8 buah bilik di
tingkat atas dan 2 buah bilik di tingkat bawah. Manakala, bahagian belakangnya
terdapat 4 buah bilik yang menempatkan kediaman tukang masak, pemandu, tukang
kedun dan tukang gunting.
Muzium Darul Ridzuan yang mengalami penambahbaikkan. |
Di kawasan tanah seluas kira-kira empat ekar terdapat
dua buah kubu perlindungan udara (airaid shelter) yang dibina pada tahun 1940
bagi melindungi lebih kurang 40 orang penghuni bangunan dan pekerja-pekerja
yang tinggal di persekitarannya. Kubu-kubu perlindungan udara ini dibina
daripada batu-bata dan simen konkrit yang tebal adalah sebagai persiapan untuk
menghadapi serangan udara dari tentera Jepun. Kubu perlindungan yang
ditempatkan di belakang bangunan muzium ini mempunyai terowong bawah tanah
sepanjang kira-kira 50 kaki dan 20 kaki.
Kubu Perlindungan Serangan Udara. |
Pada tahun 1950, bangunan ini telah dijual kepada
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk dijadikan pejabat dan didaftarkan
oleh Jabatan Kerja Raya (PWD), dan secara kebetulan nombor pendaftarannya ialah
2020. Kemudian bangunan ini dijadikan ibu pejabat Home Guard Negeri Perak
sehingga tahun 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, bangunan ini telah dijadikan
sebuah pejabat Kerajaan iaitu sebagai Pejabat Suruhanjaya Awam (SPA) Negeri
Perak yang bertempat di tingkat atas dan di bahagian bawahnya pula dijadikan
Pejabat Kemajuan Masyarakat Negeri Perak (KEMAS).
Setelah Bangunan Kompleks
Islam siap dibina sepenuhnya pada awal tahun 1989, SPA telah dipindahkan ke
Kompleks tersebut dan KEMAS pula dipindahkan ke Bangunan Sri Kinta.
Penubuhan Muzium Darul Ridzuan bermula dari rancangan
untuk menubuhkan sebuah muzium yang pertama di Bandaraya Ipoh pada 27 hb
Januari 1989, oleh jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri ketika itu. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara
sejarah perlombongan dan perhutanan di Bandaraya Ipoh bagi menyimpan dan
mengekalkan segala warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan
perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan. Konsep penubuhan
muzium juga adalah berlandaskan kepada evolusi Bandaraya Ipoh yang kukuh
berdiri hasil daripada perlombongan bijih timah dan kayu-kayan suatu masa
dahulu.
Pada awal tahun 1991, bangunan ini telah mula
diubahsuai rekabentuk dalamannya dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan. Pada 18
Ogos 1992, DYTM Raja Muda Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan
Muhibbudin Shah telah merasmikan pembukaan Muzium Darul Ridzuan.
Bahan-bahan pameran yang telah dipamerkan di Muzium
Darul Ridzuan adalah diklasifikasikan mengikut galeri-galeri yang terdiri
daripada :
• Sejarah
Bandaraya Ipoh
• Sejarah
Perlombongan Bijih Timah
• Perhutanan
dan Alam Semulajadi Negeri Perak
• Pameran
Di Luar Bangunan
No comments:
Post a Comment