Friday 20 March 2015

MUZIUM DARUL RIDZUAN

BAHAN-BAHAN BERSEJARAH DI MUZIUM DARUL RIDZUAN


MUZIUM DARUL RIDZUAN ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab yang menjadi tempat kunjungi orang awam sejak tahun 1992. Muzium ini memaparkan artifak yang menarik mengenai sejarah dan pembangunan kota Ipoh dalam pelbagai sektor khususnya perlombangan dan pertanian. Banguanan ini telah dibina pada tahun 1926 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun serta ia juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Namun, bangunan ini sedang mengalami penambahbaikkan oleh pihak kerajaan negeri. Bangunan yang memiliki ciri-ciri reka bentuk Inggeris ini masih dalam struktur asal iaitu 8 buah bilik di tingkat atas dan 2 buah bilik di tingkat bawah. Manakala, bahagian belakangnya terdapat 4 buah bilik yang menempatkan kediaman tukang masak, pemandu, tukang kedun dan tukang gunting.

Muzium Darul Ridzuan yang mengalami penambahbaikkan.


Di kawasan tanah seluas kira-kira empat ekar terdapat dua buah kubu perlindungan udara (airaid shelter) yang dibina pada tahun 1940 bagi melindungi lebih kurang 40 orang penghuni bangunan dan pekerja-pekerja yang tinggal di persekitarannya. Kubu-kubu perlindungan udara ini dibina daripada batu-bata dan simen konkrit yang tebal adalah sebagai persiapan untuk menghadapi serangan udara dari tentera Jepun. Kubu perlindungan yang ditempatkan di belakang bangunan muzium ini mempunyai terowong bawah tanah sepanjang kira-kira 50 kaki dan 20 kaki.



Kubu Perlindungan Serangan Udara.

Pada tahun 1950, bangunan ini telah dijual kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk dijadikan pejabat dan didaftarkan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD), dan secara kebetulan nombor pendaftarannya ialah 2020. Kemudian bangunan ini dijadikan ibu pejabat Home Guard Negeri Perak sehingga tahun 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, bangunan ini telah dijadikan sebuah pejabat Kerajaan iaitu sebagai Pejabat Suruhanjaya Awam (SPA) Negeri Perak yang bertempat di tingkat atas dan di bahagian bawahnya pula dijadikan Pejabat Kemajuan Masyarakat Negeri Perak (KEMAS). 

Setelah Bangunan Kompleks Islam siap dibina sepenuhnya pada awal tahun 1989, SPA telah dipindahkan ke Kompleks tersebut dan KEMAS pula dipindahkan ke Bangunan Sri Kinta.
Penubuhan Muzium Darul Ridzuan bermula dari rancangan untuk menubuhkan sebuah muzium yang pertama di Bandaraya Ipoh pada 27 hb Januari 1989, oleh jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara sejarah perlombongan dan perhutanan di Bandaraya Ipoh bagi menyimpan dan mengekalkan segala warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan. Konsep penubuhan muzium juga adalah berlandaskan kepada evolusi Bandaraya Ipoh yang kukuh berdiri hasil daripada perlombongan bijih timah dan kayu-kayan suatu masa dahulu.

Pada awal tahun 1991, bangunan ini telah mula diubahsuai rekabentuk dalamannya dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan. Pada 18 Ogos 1992, DYTM Raja Muda Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah merasmikan pembukaan Muzium Darul Ridzuan.
Bahan-bahan pameran yang telah dipamerkan di Muzium Darul Ridzuan adalah diklasifikasikan mengikut galeri-galeri yang terdiri daripada :
•           Sejarah Bandaraya Ipoh
•           Sejarah Perlombongan Bijih Timah
•           Perhutanan dan Alam Semulajadi Negeri Perak

•           Pameran Di Luar Bangunan

MERCU TANDA IPOH

Brigadier General Arthur Benison Hubback CMG, DSO - Architect.
Sumber :http://db.ipohworld.org/view/id/5573



STESEN KERETAPI IPOH 'MEGAH HAMPIR  BERABAD'

Pada tahun 1894, sebuah landasan baru merentasi Lembah Kinta telah dibuka di antara Batu Gajah bersama-sama dua buah stesen yang hampir serupa di kedua-kedua pekan tersebut. pada tahun 1896, 36 gerabak keseluruhannya telah dubuat dibengkel Ipoh, dengan hanya roda  besi dan gandar roda diimport dari England.
Pembinaan stesen keretapi ini bermula pada tahun 1914 dan hanya siap pada 1917 kerana kekurangan bahan binaan dan kenaikan harga dan kos pembinaan semasa Perang Dunia Pertama. Stesen Keretapi Ipoh yang mempunyai unsur-unsur senibina ‘klasik’ dengan gaya British ‘ Raj’ dilengkapi dengan kubah dan menara kecil gaya Moorish. Malahan, ia direkabentuk oleh arkitek kerajaan British iaitu A.B. Hubback. Bangunan ini juga mempunyai rekabentuk bangunan yang sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


 Taj Mahal di Ipoh?, Stesen keretapi Ipoh sememangnya menpunyai rekabentuk seni beni yang hampir sama dengan bangunan kebanggaan di negara India iaitu kepunyaan Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal (isterinya kelima). Di samping itu, ia merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh, stesen ini telah beroperasi pada tahun 1935(selepas Perang Dunia) dan ia juga mengalami penambahbaikkan dari segi segi bina dan infrasturktur pada tahun 2007. Stesen ini dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu dan ia berletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Kini ia telah beroperasi selama 80 tahun.


STESEN KERETAPI IPOH.



Stesen ini telah dibaikpulih dari segi warna dan penambahan ciri-ciri keselamatan, seperti warna putih telah dilakukan oleh pemilik stesen bagi mengekalkan sejarahnya. Keselamatan pula, Keretapi Tanah Melayu telah menggunakan sistem kamera tertutup dan pengawal keselamatan. Perkara yang menarik perhatian ialah stesen keretapi ini juga dilengkapi oleh keindahan flora di sekitar kawasannya terutamanya pohon 'epu' atau 'pokok Ipoh' yang menjadi asal-usul nama 'Ipoh' di tanam di kawasan berdekatan stesen. Kini, kawasan stesen keretapi telah menjadi tumpuan warga Ipoh pada waktu siang dan malam. Pada siang hari, ia merupakan aktiviti pengangkutan (seperti stesen keretapi di negeri-negeri lain), Namun malamnya suasana sekitar kawasan stesen meriah dengan kunjungan warga Ipoh bertujuan riadah bersama-sama keluarga. Majlis Bandaran telah menaik taraf kewujudan stesen tersebut yang bukan sahaja untuk aktiviti pengangkutan malahan ia juga mewujudkan tempat riadah bagi warga Ipoh. Monorel Café merupakan tempat yang wajar dikunjung oleh para penumpang Keretapi di stesen Ipoh.Monorel Café menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman dengan suasana antik dan klasik.
Menu sarapan sambil menatap keindahan senireka 'stesen keretapi Ipoh"

 Berlandaskan sejarah Stesen Keretapi Ipoh, negeri Perak merupakan negeri yang pertama sekali diperkenalkan dengan teknologi keretapi di Malaya dan ia merupakan landasan pertama yang dibina oleh pihak British bertujuaan untuk aktiviti pengangkutan industri bijih timah.

Namun, Hotel Majistic yang menjadi tumpuan para pengembara tidak lagi beroperasi ekoran penambahbaikkan sistem penginapan yang dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, stesen ini masih mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Perkara ini tidak dapat digambarkan melalui perkataan melainkan ia dirasai sendiri oleh para artistik seni bina. Hal ini demikian kerana, bahan buatan bagi membina stesen ini merupakan hasil tinggalan idea pihak British dan strukturnya juga masih berada dalam kondusi baik serta selamat. Justeru, pihak Keretapi Tanah Melayu masih mengekalkan struktur dan seni bina bangunan dengan melakukan aktiviti penyelenggaran.

HOTEL MAJESTIC



Tuesday 17 March 2015

ASAL-USUL 'IPOH'

LATAR BELAKANG IPOH.

Perkembangan industri dan pentadbiran Ipoh amat berkait rapat dengan kebijaksanaan sistem organisasi para pemimpin dalam memastikan kelangsungan kemajuan negeri Ipoh. Bandar Ipoh ialah sebuah banadar raya yang terletak dalam daerah kinta yang merupakan ibu Negeri Perak dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandar raya ini terletak kira-kira 200km ke utara Kuala Lumpur. Bandar Ipoh juga merupakan bandar raya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bharu. Datuk Harun Rawi merupakan Datuk Bandar Kesembilan (2/1/2014- sekarang). Maklumat lanjut : http://www.mbi.gov.my/web/guest/biodata.
DATUK BADAR KESEMBILAN (DATUK HARUN BIN RAWI) DPMP, PMP, AMP (2/1/2014- sekarang)
Nama 'Ipoh' diambil daripada pohon 'epu' atau lebih dikenali sebagai 'pokok Ipoh' dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpit mereka. Ipoh mula mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Bandar Ipoh terbahagi dua oleh Sungai Kinta merujuk kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Ipoh kini, telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh dengan meliputi pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

POKOK IPOH.


'TEMAN ORANG IPOH, MIKE?'

Assalammualaikum dunia...

'teman orang ipoh,mike?', tiada istilah yang sesuai bagi menjadi tajuk utama 'teman' dalam membuat blog ini bagi 'MEMPERLIHATKAN KEPADA MENGKOME A.K.A KALIAN' mengenai tempat bergolek gelantang teman iaitu bandar Ipoh. Teman telah dibesarkan oleh mak ayah di bandar Ipoh sekitar umur 9 tahun sehingga sekarang. Sememangnya, teman berkelayakan bagi menceritakan dan mempertontonkan kepada umum mengenai tempat-tempat menarik yang mempunyai nilai relativisme (keunikannya sendiri dari segi kebudayaan) terutamanya MUZIUM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, STESEN KERETAPI IPOH kerana ia wajar bagi para pelancong kunjungi sekiranya menjejak kaki di bandar Ipoh. Teman hanya dapat simpulkan secebis fakta mengenai diri teman. Maklumat mengenai muzium Negeri Perak dan Stesen Kereta Api akan anda ketahui.

Petunjuk kata :

-teman : saya atau aku
-mike : awak
-tempat bergolek gelantang : tempat yang biasa dikunjungi oleh para pengunjung dan admin