Friday 20 March 2015

MERCU TANDA IPOH

Brigadier General Arthur Benison Hubback CMG, DSO - Architect.
Sumber :http://db.ipohworld.org/view/id/5573



STESEN KERETAPI IPOH 'MEGAH HAMPIR  BERABAD'

Pada tahun 1894, sebuah landasan baru merentasi Lembah Kinta telah dibuka di antara Batu Gajah bersama-sama dua buah stesen yang hampir serupa di kedua-kedua pekan tersebut. pada tahun 1896, 36 gerabak keseluruhannya telah dubuat dibengkel Ipoh, dengan hanya roda  besi dan gandar roda diimport dari England.
Pembinaan stesen keretapi ini bermula pada tahun 1914 dan hanya siap pada 1917 kerana kekurangan bahan binaan dan kenaikan harga dan kos pembinaan semasa Perang Dunia Pertama. Stesen Keretapi Ipoh yang mempunyai unsur-unsur senibina ‘klasik’ dengan gaya British ‘ Raj’ dilengkapi dengan kubah dan menara kecil gaya Moorish. Malahan, ia direkabentuk oleh arkitek kerajaan British iaitu A.B. Hubback. Bangunan ini juga mempunyai rekabentuk bangunan yang sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


 Taj Mahal di Ipoh?, Stesen keretapi Ipoh sememangnya menpunyai rekabentuk seni beni yang hampir sama dengan bangunan kebanggaan di negara India iaitu kepunyaan Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal (isterinya kelima). Di samping itu, ia merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh, stesen ini telah beroperasi pada tahun 1935(selepas Perang Dunia) dan ia juga mengalami penambahbaikkan dari segi segi bina dan infrasturktur pada tahun 2007. Stesen ini dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu dan ia berletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Kini ia telah beroperasi selama 80 tahun.


STESEN KERETAPI IPOH.



Stesen ini telah dibaikpulih dari segi warna dan penambahan ciri-ciri keselamatan, seperti warna putih telah dilakukan oleh pemilik stesen bagi mengekalkan sejarahnya. Keselamatan pula, Keretapi Tanah Melayu telah menggunakan sistem kamera tertutup dan pengawal keselamatan. Perkara yang menarik perhatian ialah stesen keretapi ini juga dilengkapi oleh keindahan flora di sekitar kawasannya terutamanya pohon 'epu' atau 'pokok Ipoh' yang menjadi asal-usul nama 'Ipoh' di tanam di kawasan berdekatan stesen. Kini, kawasan stesen keretapi telah menjadi tumpuan warga Ipoh pada waktu siang dan malam. Pada siang hari, ia merupakan aktiviti pengangkutan (seperti stesen keretapi di negeri-negeri lain), Namun malamnya suasana sekitar kawasan stesen meriah dengan kunjungan warga Ipoh bertujuan riadah bersama-sama keluarga. Majlis Bandaran telah menaik taraf kewujudan stesen tersebut yang bukan sahaja untuk aktiviti pengangkutan malahan ia juga mewujudkan tempat riadah bagi warga Ipoh. Monorel Café merupakan tempat yang wajar dikunjung oleh para penumpang Keretapi di stesen Ipoh.Monorel Café menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman dengan suasana antik dan klasik.
Menu sarapan sambil menatap keindahan senireka 'stesen keretapi Ipoh"

 Berlandaskan sejarah Stesen Keretapi Ipoh, negeri Perak merupakan negeri yang pertama sekali diperkenalkan dengan teknologi keretapi di Malaya dan ia merupakan landasan pertama yang dibina oleh pihak British bertujuaan untuk aktiviti pengangkutan industri bijih timah.

Namun, Hotel Majistic yang menjadi tumpuan para pengembara tidak lagi beroperasi ekoran penambahbaikkan sistem penginapan yang dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, stesen ini masih mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Perkara ini tidak dapat digambarkan melalui perkataan melainkan ia dirasai sendiri oleh para artistik seni bina. Hal ini demikian kerana, bahan buatan bagi membina stesen ini merupakan hasil tinggalan idea pihak British dan strukturnya juga masih berada dalam kondusi baik serta selamat. Justeru, pihak Keretapi Tanah Melayu masih mengekalkan struktur dan seni bina bangunan dengan melakukan aktiviti penyelenggaran.

HOTEL MAJESTIC



1 comment: